Friday 8 March 2013

Aku budak baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tercetusnya entry kali ni  kerana aku baru blog walking dan perasan yang blog orang lain dah lama tak update.Padahal aku punya blog ni pun boleh tahan berhabuknya.Maafkan aku andainya tatabahasa dan susunan ayat aku semakin melampau batas batasnya kerna sudah terlalu amat lama aku tak membuat karangan bahasa melayu/english.So beware of my TYPO!Ehh?

'Ehh,Kau ni baguslah rajin pulak tu,Sejuk perut mak kau' 'Kau ni dah lah baik,Alim lagi'

Di atas ni adalah contoh-contoh ayat penyata yang berunsurkan pujian.Aku selalu fikir,Kenapa orang selalu puji macamtu.Sebab memang raut muka innocent atau apa?Tiada jawapan yang aku terima sebab soalan ni masih berlegar legar dalam kepala otak cute aku ni tanpa aku luahkan.

Sejujurnya aku rasa malu dan sangat tak selesa bila orang kata macamtu dekat aku.Aku bukan manusia yang sempurna.Aku selalu buat silap.Aku ni takde apa apa nak dibandingkan orang lain,Setiap kali orang puji aku macamtu aku rasa segan tahap maksima.

Tak perlu rasanya aku nak ceritakan semuanya secara detail tentang perilaku aku.Tak kira yang baik atau yang buruk.Yang penting dan aku ingin tegaskan.Jangan berani kau persoalkan cara hidup aku kecuali kau memang sangat mengenali aku.Dan orang yang tergolong dalam sangat mengenali aku tu hanya rakan-rakan dan keluarga aku :)

Kita bukan nabi yang tak berdosa,Bukan malaikat yang boleh mencatat amal buruk baik manusia,Kita hanya manusia biasa,Yang belum tentu masuk syurga :')

Wednesday 27 February 2013

Sumpahan Bestari

Assalamualaikum and good good good.Apa khabar semua?Lama sudah kita tak bersua nampaknya,Macam aku pernah jumpa aje semua yang baca blog aku ni -.-

Cuba baca title post aku kali ni.Gempak tak gempak lah kan,Sumpahan bestari.Ala ala cerita hantu giteww,Actually itu hanya gimik semata yaa kawan kawan semua.Bak kata budak budak zaman sekarang acah acah seram lah.Nak dijadikan cerita atau kesimpulannya atau kisahnya post aku ni takde kaitan dengan cerita hantu kopek yang korang idam idamkan tu pun.Sory yaa,Aku punya blog Umum punya,Semua generasi tak kira tua,muda,bergetah atau tidak sangat sesuai untuk membacanya.Ni kalau makcik makcik baca ni,Mampus aku kena benamkan dekat buah tembikai sampai tertelan biji biji dia,Ehh?

08 Februari 2013 adalah hari yang sangat penting dan bersejarah bagi kebanyakan pelatih PLKN sebab diorang cuti Tahun Baru Raya Cina.Yayyyy!!!!!!!!!Maka dengan itu semalam aku ambik kesempatan dalam kesempitan masa yang amat sangat untuk berjumpa dengan mokcik kuat membebel kesayangan aku seorang ni 'Farah Diana Ismail'.

So,Kitorang pun buatlah reunion kecil kecilan untuk menyambut kepulangan Farah.Dibekalkan dengan sisa tenaga yang tinggal,Aku gigihkan juga merempit bawa dia pergi kedai Bestari untuk candlelight dinner,Kononnya.Disinilah tercetusnya sumpahan Bestari.Kalau korang tak tahu dulu masa zaman aku muda muda dulu,Aku pelajar kelas Bestari dan kini bergelar pekerja Bestari sampai makan pun nak pergi kedai Bestari.Nampak tak pengaruh Bestari dalam hidup aku tu sangat kuat.

Mesti yang tak duduk dekat Felda Adela ni tertanya tanya apa lah BESTARI ni sebenarnya?Bestari ni adalah kedai hasil usaha Cikgu Azaman yang bertugas di sekolah aku.Bestari ni ada macam macam jenis perniagaan.Antaranya Foodcourt,Mini market dan Stationery.Dah cukup lah macam promote pulak kan?Hahaha.Saksikan tayangan gambar gambar artis yang aku jumpa :3


Omey & Akir xD


Workmate :3


Iza & Farah (PLKN'S people) :P



Friday 1 February 2013

Birthday Wishes !!!

Okay,Hye Assalamualaikum,Nampak tak dah lama aku tak update blog aku yang kian uzur saban hari sampai tak pandai nak memulakan ayat.Sampai kena guna perkataan okay.Nampak tak yang aku suka guna perkataaan nampak dengan sampai,Ehh kang sampai kaki aku dekat muka kau #Tetiba Birthday preview ini adalah segmen terbaru yang aku akan post pada penghujung setiap bulan untuk memberi ucapan selamat hari jadi kepada rakan akan yang rapat/kenal/facebook.Hanya 10 yang terpilih akan di-wish di blog aku yang comel macam tuannya,Almaklumlah sejak bekerjaya ni aku busy memanjang.Padahal aku malas gilo nak menaip Happy birthday! post dekat sorang sorang punya wall.

Apa class kan asyik wish HB/Happy birthday aje,Apa guna media pengantaraan seperti blog ni.Penat tahu aku edit cantik cantik tapi takde orang yang baca.Ini ayat mengampu namanya :P Walaupun ramai yang lahir bulan Januari ni tapi memang tak larat mak noks nak type sorang sorang punya nama dengan ejaan nama  FB nye 'KercHik ChomEyl'.Tolong search dan tampar budak ni,Geli mak jemah.Yang korang pergi search buat apa,Aku acah acah aje kot,Hahaha.Okay dah cukup aku merepek kang kene baling dengan bantal busuk korang yang tak pernah basuh tu pulak :P


1) Fadzrul Pejo (1 Januari/20 tahun)


2) Zawanie Ishak (1 Januari/18tahun)


3)Nuar Arisda Fajrina (5 Januari/17 tahun)

4) Salihin (6 Januari/18 tahun)

5) Nur Amira Idayu (17 Januari/18 tahun)


6) Fatin Nor Suhaina (22 Januari/18 tahun)


7) Norzatul Fazera Zainudin (26 Januari/18 tahun)

8) Majura (26 Januari/17 tahun)

9) Ellsie Vieann (27 Januari/16 tahun)


10) Nur Syuhada (28 Januari/18 tahun)

Ucapan aku untuk korang semua,Mudah mudahan dipanjangkan umur dan dimurah rezeki.Mudah mudahan korang berjaya dalam apa sahaja yang korang buat.Tak kira lah untuk SPM ke ujian undang undang ke Ujian JPJ ke.Dan mudah mudahan berjaya dengan cemerlangnya untuk keputusan SPM/STPM yang berkaitan tu.Korang kena ingat kita semakin tua,Muka makin berkedut,Tak lama lagi nak kahwin,Ehh?Hahaha,Sory kawan korang sorang ni dah gatal sangat :P Semoga kita semua semakin matang dalam menghadapi kehidupan seharian dan aku doakan korang bahagia sampai anak cucu :) Ohh yaa macam biasa memang aku takde sediakan hadiah langsung untuk korang,Perghabis duit aku aje,Hahaha :P

Saturday 19 January 2013

JDT Hwaitingg!

Assalamualaikum,Hye people!Ghasa geli tak baca title aku kali ni,Bajet bajet Korea gitewww.Hahaha.Okay stop!Now serious please *mata ke bahu,tangan ke atas* Ehh?Semalam aku naik bas pukul 6 pergi Stadium Tan Sri Dato Haji Hasan Yunos.Buat apa?Aku nak main masak masak dekat sana,Mestilah aku nak pergi tengok bola kan,Hahaha.Okay punchline tak sampai ,Sory ;P

Sebelum game bermula :3

Kesian tak?Disebabkan aku datang lambat,terpaksalah jadi mangsa keadaan.Duduk dekat sit bahagian bawah bawah.Masa datang bajet dapat tempat duduk bahagian atas,Naiklah tangga kemain tinggi naik sampai gayat aku.Last last duduk dekat depan.Paling sedih nampak pagar je lebih,Ishh.Biasalah tiket terbuka aje

Safee Sali tengah lari,Omg omg!

Tak lama lepastu.Dh habis warming up semua,Dorang pun masuk sambil memgang tangan anak anak entah sapa yang cute lagi comel.Disebabkan TMJ datang,Maka penghormatan perlu diberikan dengan berdiri semasa dia memasuki stadium.Habis semua tu,Bangun lagi sekali nyanyi lagu negeri Johor.Semangat kau tahu,Maklumlah first time tengok bola secara LIVE :P Tepat jam 9 game pun bermula,JDT baru nak warm up ATM dah goal dah,Bayangkan baru 5 minit pertama.Frust tak frust muka gua,Nasib baik Daniel Guiza dapat masukkan goal 5 minit lepastu.Tak sia-sia kau masuk team JDT,Handsome pulak tu.Hihihihi ^^


Suasana hari rayaaa :p

Tak lama lepastu,Hujan yang turun bagaikan airmataaaaaa.Mula mula renyai berhenti renyai berhenti terus lebat.Masing masing keluarkan payung,Topi,Sweater,Tuala,Tak ketinggalan baju hujan.Ohsem tk ohsem,Aku pulak kemain jakun tengok -.-


Contoh

Alooo cutenya teacher hazimah :)

Okay aku lupa nak cerita mcm mana aku dapat peluan keemasan macamni,Hehehe.Actually Cikgu Azaman yang anjurkan rombongan ni,Kebetulan dialah bos tempat aku kerja kantin,So dia bagi tiket free!Yayyyy!Korang kene tipu part yang free tu,Hahaha.Okay sebenarnya ada kosong dalam bas tu,Alhamdulillah agaknya memang rezeki aku dengan Haninah dapat pergi game ni,Dahlah murah bayar RM20 ajetahu,Haaa.Kalau korang nak tahu,Yang dalam bas tu ada 6 orang aje perempuan,Seorang cikgu,Tiga orang staff pejabat,Dua orang pelajar iaitu aku dan Haninah.Erkkk,Okay bukan pelajar,Penduduk awam kan xD


Bulatnya aku,Nyna cun,Jealous!

Game dah habis dah!

Bergerak balik

@Haninah595 :)

@SyahiraJoe :P

Nampak tak aku dah malas nak tulis endingnya,So byeee!See you alss later ;D


Sunday 13 January 2013

Berjimba bersama bertimbang

Assalamualaikum.Hye!How is it going everybody?Hoping that everybody in the pink of health.Hehe,Mohon maaf aku cuba untuk melancarkan lagi penulisan dalam English agar kelak aku boleh bercakap secara berhabuk.Sebelum apa-apa ingin aku nyatakan tolong jangan menafikan ttitle kali ini.Sebab telah terlalu kerap aku menge-post entry yang tiada kaitan dengan title nya seperti sebelum ini.

Mari aku terangkan satu persatu yaaa.Berjimba maksudnya bersuka ria atau berfoya foya.Bersama kalau kau taktahu sila hentak kepala dekat dinding skrg jugak!Ini arahan jangan ingkar,Ecewahh ;P Bertimbang maksudnya disini ialah tetttttttttttt.Aku malas nak type boleh tak?Haha

Senang dikontotkan cerita aku pergi BERJIMBA ke Kota Tinggi BERSAMA Nyna,Amar dan Apek.Disana kami BERTIMBANG/MENIMBANG untuk mengetahui berat kami yang terkini.Okay,Nampak tak kesinambungannya disitu?

In the bus -.-

Macam biasa untuk budak felda macam aku ni,Nak pergi jalan jalan hanya ada bas je.So naiklah bas Maraliner yang seperti retak menanti belah tu kan.Kalau yang mabuk tu boleh pengsan bangun balik tunggu bas tu sampaiGerak dari pukul 8.3o sampai pukul 10.Nampak tak betapa membuang masanya aku dalam bas tu?Dahlah aku jarang jarang dapat peluang keemasan untuk keluar sendiri macamni -.-


Pose aku yang entah pape.

Sarapan pagi nak mahal maknoks dekat Macdonald.Hahaha.Almaklumlah selama ni kalau dekat rumah makan roti canai aje.Dah penuh perut pi jalan.Nyna nak beli sandal untuk birthday ayah dia.Ohmenn,Shooo shuuuwettttt.So singgah kedai kasut kejap.Lepastu aku teringin nak try makan snogurt.Alhamdulillah Apek sepet kesayangan aku nak belanja.Thankyouu baby *tutup muka dgn bantal ucuk* Eating snogurt for the first time like Fuuuuuuuuuuuu jakon nak mampos.


Snap photo like a boss xD

Loyalty card.

Atoto omeynyaaaaaaaaa ;P

Strawberry,Awuummmm
Lepastu lepastu jalan jalan al-ikhsan kipmart plaza kota etc etc etc.Last sekali ni hasil aku shopping pada haritu.

Yay!

Akhirnya,Sedih ramai yang tak dapat ikut.Nad,Yati,Farah,Sulizah.It kills me inside actually.I miss all of you so much.When do we have time to meet and gather again?

Monday 7 January 2013

Got Married!

'Ira ni ramping lah,Nanti jadi pengantin mesti ramping aje macamtu kan?' 'Ira,Cuba tengok wife Apek *Khairul Fahmi Che Mat* tu,Umur 21 tahun dah kahwin dah kahwin *sambil menghitung jari* kalau macamtu ira lagi 3 tahun jadi pengantin lah' 'Ira ni entah entah 18 tahun dah kahwin kan?'

Assalamualaikum dan salam 1 antarabangsa!Maju tak maju maju tak?Hahaha.Mesti semua tak sabar kan siapakah gerangan yang bertanyakan soalan soalan yang buat aku blushing tu dekat aku kan?Sabar sabar nak cakap lah ni *minum milo,kunyah netbuk* Ehh?Mak usu aku yang tiba tiba ja berdialog macamtu dekat aku,Ni gara gara penangan raikan cinta yang semalam dia tengok lahtu,Turut didorong dengan iklan iklan tentang perkahwinan Apek dan Leuniey.

17sx sahaja dibenarkan :P

Omgiiiiii macam korea lah!Kisah pulak aku?Hahaha.Disebabkan mak usu aku bertanyakan soalan seperti aku,Otak aku pun ligat berfikir.Macam mana kalau memang betul aku kahwin umur 18 tahun?Macam mana pulak kalau nanti Papa aku jodohkan dengan orang yang aku tak kenal?Nanti aku kahwin dengan Apek ke?Bla bla bla bla.Naik serabut aku fikir.Last sekali aku fikir ........................

Nobody knows my fate,Who am I going to marry with or when am I going to be a wife to somebody?Its all are in His hand.I just have accept who is he that going to be my future husband and keep on trying to be his soleha's wife.Kalau pun dijodohkan,Tak salah untuk aku terima.Bila aku tengok perkahwionan yang dijodohkan contohnya,Dena Bahrin,Alhamdulillah bahagia sampai sekarang.Tak berguna nak bercinta bagai nak rak sampai bertahun lamanya,Kalau bukan jodoh memang tak ke mana.Alangkah orang berkahwin dah berpuluh tahun pun boleh bercerai.

My dear Apek,I don't know whether you read this cute blog or not.Or the exactly question is when.I just want you to know all this time that we shared together,I will never forget it.It isn't a short period of time.So,Whatever that is coming after this,I hope that we'll always remember each other withount any hatred or disappointment.Mostly,I hope this relationship will last longer,Insyaallah ;)

Mohon maaf atas segala typo atau grammar yang memang rojak petisbuahmamak punya jenis ;P

Sunday 6 January 2013

Forever Alone.

Assalamualaikum.Hello everybody!Hello hello hello tut tut tuttttttt *talian terputus* Aku sebagai pengguna Digi amat terlalu selalu kerap sekali terlampau mengalami situasi ini.Ehh?Tak masal aje.Baiklah aku mengaku sangat fail dalam mengarang nukilan introduction hatta masa SPM aku suka hafal ayat pendahuluan.Ecewah ;P

Baiklah kelihatannya aku sudah terpesong dari pangkal jalan dan kini aku ingin kembali ke jalan lurus dengan cerita sebenar yang ingin aku ceritakan.Dua hari yang lepas,Maksudnya hari Khamis,Maknanya 03 Januari 2013,Definisinya ada pasar malam Khamis,Ehh?Bagi pelajar lepasan SPM mesti wajib tahu yang haritu adalah hari dimana yang sangat bertuah dapat pergi PLKN.Sangat bertuah okay! *muntah pink* Hahaha ;P

Antara manusia manusia yang tergolong dalam kalangan yang bertuah ini adalah :

Farah Diana Ismail,Nor Masyita Md. Salleh,Muhamad Azizi Zaini,NorzatulFazera Zainudin,Norkhan Mohamad,Muhamad Adam Azaman,Muhamad Asri Daud,Muhammad Zulhilmi,Muhamad Bahrin Ahmad,Fatin Noranneliana Rosdi dan lain lain *mohon maaf jika tidak disebut*



Yang dibulatkan adalah pelatih PLKN ;)

Konklusinya ingin aku menyampaikan sepatah duaribukata kepada kawan kawan aku yang sangat bertuah ini.Selamat menjadi seorang pelatih PLKN,Semoga korang akan memperolehi faedah sepanjang keberadaan disana.Selamat membasuh baju sendiri yang selama ni dok guna washing machine.Selamat datang kutu,Selamat datang kurap dan selamat datang segala penyakit kulit.Hahaha ;D Sila tampar muka aku dengan selipar jepun,Amboi angkat selipar betul betul ehh,Aku tipu jekot.Okay merepek dia dah datang.Okay okay enough!Ecewah,Pactice English tak semena-mena disebabkan tidap dapat mengikuti kursus di Kelana Jaya,Ehh tetiba.See you again later baby! :*







Tuesday 1 January 2013

Makcik kantin

Assalamualaikum,Hye guys!Ecewah,Macam ada aje orang baca blog aku yang kiut miut ni.Haha,Tak masal.Post kali ini berkisarkan tentang kehidupan baru aku pada tahun 2013 ini.

Em aku sedang bekerja,Bekerja,Bekewja,Kejeww,Kerje or kejeeee.Mesti tertanya tanya kerja apa kan? *bisik* 'Aku kerja dekat kantin sekolah menengah adela,jangan beritahu sesiapa tahu,janji!' Jangan nk buat kerek sangat kata aku poyo ke hampagas ke geli ke dengan kerja aku.Tolonglah sekarang ni zaman millenium bukan zaman pondok pondok lah,Please grow up man!

Mesti ada yang kata 'Eleh,Setakat kerja dekat kantin tu berapa sangat kau dapat?' 'Kau kerja basuh pinggan,Sapu lantai,Angkat sampah semua tu?Eeeee geli maknoks' Kepada yang bermentaliti seperti ini sila jumpa doktor psikiatrik dengan segera nampak sangat kau ni penduduk planet matoki.Cuba buka minda,Fikir secara luar kotak.Engkaulah apa yang kau fikirkan,Bergantung dalam pemikiran.Tak gitu?

Hari first aku kerja aje dah ade orang tengok aku macam nk teleng kepala.Punye tak percaya aku yang tengah kemas kantin tu.Guys,Cuba kau selami apa pengorbanan yang makcik/pakcik/akak/adik kantin tu buat untuk korang.Bangun pagi pagi untuk masakkan orang yang tak pernah diorang tegur pun,Kemaskan tempat korang nak makan demi bagi korang selesa untuk makan,Cedokkan makanan untuk korang makan.Dekat rumah korang dapat macamni,Takkan.So please appreciate!

Natijahnya,Erkk betul ke tu?Aku nak bagi nasihat sikit ni untuk umum.Tolong jaga kebersihan kantin.Korang tak kesian ke dekat akak korang yang comel loteh ni nak mengemas.Tolong letak pinggan dalam besen,Ia memudahkan kerja kami untuk membasuh sekaligus mengelakkan hadirnya binatang yang tidak dikehendaki *lalat/kucing*Tolong jangan berebut rebut atau mencuba untuk melakukan kesalahan di bawah akata 0123456789.Sekian terima kasih :)
Hak Milik Persendirian Syahierria.Blogspot