Friday 8 March 2013

Aku budak baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tercetusnya entry kali ni  kerana aku baru blog walking dan perasan yang blog orang lain dah lama tak update.Padahal aku punya blog ni pun boleh tahan berhabuknya.Maafkan aku andainya tatabahasa dan susunan ayat aku semakin melampau batas batasnya kerna sudah terlalu amat lama aku tak membuat karangan bahasa melayu/english.So beware of my TYPO!Ehh?

'Ehh,Kau ni baguslah rajin pulak tu,Sejuk perut mak kau' 'Kau ni dah lah baik,Alim lagi'

Di atas ni adalah contoh-contoh ayat penyata yang berunsurkan pujian.Aku selalu fikir,Kenapa orang selalu puji macamtu.Sebab memang raut muka innocent atau apa?Tiada jawapan yang aku terima sebab soalan ni masih berlegar legar dalam kepala otak cute aku ni tanpa aku luahkan.

Sejujurnya aku rasa malu dan sangat tak selesa bila orang kata macamtu dekat aku.Aku bukan manusia yang sempurna.Aku selalu buat silap.Aku ni takde apa apa nak dibandingkan orang lain,Setiap kali orang puji aku macamtu aku rasa segan tahap maksima.

Tak perlu rasanya aku nak ceritakan semuanya secara detail tentang perilaku aku.Tak kira yang baik atau yang buruk.Yang penting dan aku ingin tegaskan.Jangan berani kau persoalkan cara hidup aku kecuali kau memang sangat mengenali aku.Dan orang yang tergolong dalam sangat mengenali aku tu hanya rakan-rakan dan keluarga aku :)

Kita bukan nabi yang tak berdosa,Bukan malaikat yang boleh mencatat amal buruk baik manusia,Kita hanya manusia biasa,Yang belum tentu masuk syurga :')

Wednesday 27 February 2013

Sumpahan Bestari

Assalamualaikum and good good good.Apa khabar semua?Lama sudah kita tak bersua nampaknya,Macam aku pernah jumpa aje semua yang baca blog aku ni -.-

Cuba baca title post aku kali ni.Gempak tak gempak lah kan,Sumpahan bestari.Ala ala cerita hantu giteww,Actually itu hanya gimik semata yaa kawan kawan semua.Bak kata budak budak zaman sekarang acah acah seram lah.Nak dijadikan cerita atau kesimpulannya atau kisahnya post aku ni takde kaitan dengan cerita hantu kopek yang korang idam idamkan tu pun.Sory yaa,Aku punya blog Umum punya,Semua generasi tak kira tua,muda,bergetah atau tidak sangat sesuai untuk membacanya.Ni kalau makcik makcik baca ni,Mampus aku kena benamkan dekat buah tembikai sampai tertelan biji biji dia,Ehh?

08 Februari 2013 adalah hari yang sangat penting dan bersejarah bagi kebanyakan pelatih PLKN sebab diorang cuti Tahun Baru Raya Cina.Yayyyy!!!!!!!!!Maka dengan itu semalam aku ambik kesempatan dalam kesempitan masa yang amat sangat untuk berjumpa dengan mokcik kuat membebel kesayangan aku seorang ni 'Farah Diana Ismail'.

So,Kitorang pun buatlah reunion kecil kecilan untuk menyambut kepulangan Farah.Dibekalkan dengan sisa tenaga yang tinggal,Aku gigihkan juga merempit bawa dia pergi kedai Bestari untuk candlelight dinner,Kononnya.Disinilah tercetusnya sumpahan Bestari.Kalau korang tak tahu dulu masa zaman aku muda muda dulu,Aku pelajar kelas Bestari dan kini bergelar pekerja Bestari sampai makan pun nak pergi kedai Bestari.Nampak tak pengaruh Bestari dalam hidup aku tu sangat kuat.

Mesti yang tak duduk dekat Felda Adela ni tertanya tanya apa lah BESTARI ni sebenarnya?Bestari ni adalah kedai hasil usaha Cikgu Azaman yang bertugas di sekolah aku.Bestari ni ada macam macam jenis perniagaan.Antaranya Foodcourt,Mini market dan Stationery.Dah cukup lah macam promote pulak kan?Hahaha.Saksikan tayangan gambar gambar artis yang aku jumpa :3


Omey & Akir xD


Workmate :3


Iza & Farah (PLKN'S people) :P



Hak Milik Persendirian Syahierria.Blogspot