Saturday 19 January 2013

JDT Hwaitingg!

Assalamualaikum,Hye people!Ghasa geli tak baca title aku kali ni,Bajet bajet Korea gitewww.Hahaha.Okay stop!Now serious please *mata ke bahu,tangan ke atas* Ehh?Semalam aku naik bas pukul 6 pergi Stadium Tan Sri Dato Haji Hasan Yunos.Buat apa?Aku nak main masak masak dekat sana,Mestilah aku nak pergi tengok bola kan,Hahaha.Okay punchline tak sampai ,Sory ;P

Sebelum game bermula :3

Kesian tak?Disebabkan aku datang lambat,terpaksalah jadi mangsa keadaan.Duduk dekat sit bahagian bawah bawah.Masa datang bajet dapat tempat duduk bahagian atas,Naiklah tangga kemain tinggi naik sampai gayat aku.Last last duduk dekat depan.Paling sedih nampak pagar je lebih,Ishh.Biasalah tiket terbuka aje

Safee Sali tengah lari,Omg omg!

Tak lama lepastu.Dh habis warming up semua,Dorang pun masuk sambil memgang tangan anak anak entah sapa yang cute lagi comel.Disebabkan TMJ datang,Maka penghormatan perlu diberikan dengan berdiri semasa dia memasuki stadium.Habis semua tu,Bangun lagi sekali nyanyi lagu negeri Johor.Semangat kau tahu,Maklumlah first time tengok bola secara LIVE :P Tepat jam 9 game pun bermula,JDT baru nak warm up ATM dah goal dah,Bayangkan baru 5 minit pertama.Frust tak frust muka gua,Nasib baik Daniel Guiza dapat masukkan goal 5 minit lepastu.Tak sia-sia kau masuk team JDT,Handsome pulak tu.Hihihihi ^^


Suasana hari rayaaa :p

Tak lama lepastu,Hujan yang turun bagaikan airmataaaaaa.Mula mula renyai berhenti renyai berhenti terus lebat.Masing masing keluarkan payung,Topi,Sweater,Tuala,Tak ketinggalan baju hujan.Ohsem tk ohsem,Aku pulak kemain jakun tengok -.-


Contoh

Alooo cutenya teacher hazimah :)

Okay aku lupa nak cerita mcm mana aku dapat peluan keemasan macamni,Hehehe.Actually Cikgu Azaman yang anjurkan rombongan ni,Kebetulan dialah bos tempat aku kerja kantin,So dia bagi tiket free!Yayyyy!Korang kene tipu part yang free tu,Hahaha.Okay sebenarnya ada kosong dalam bas tu,Alhamdulillah agaknya memang rezeki aku dengan Haninah dapat pergi game ni,Dahlah murah bayar RM20 ajetahu,Haaa.Kalau korang nak tahu,Yang dalam bas tu ada 6 orang aje perempuan,Seorang cikgu,Tiga orang staff pejabat,Dua orang pelajar iaitu aku dan Haninah.Erkkk,Okay bukan pelajar,Penduduk awam kan xD


Bulatnya aku,Nyna cun,Jealous!

Game dah habis dah!

Bergerak balik

@Haninah595 :)

@SyahiraJoe :P

Nampak tak aku dah malas nak tulis endingnya,So byeee!See you alss later ;D


Sunday 13 January 2013

Berjimba bersama bertimbang

Assalamualaikum.Hye!How is it going everybody?Hoping that everybody in the pink of health.Hehe,Mohon maaf aku cuba untuk melancarkan lagi penulisan dalam English agar kelak aku boleh bercakap secara berhabuk.Sebelum apa-apa ingin aku nyatakan tolong jangan menafikan ttitle kali ini.Sebab telah terlalu kerap aku menge-post entry yang tiada kaitan dengan title nya seperti sebelum ini.

Mari aku terangkan satu persatu yaaa.Berjimba maksudnya bersuka ria atau berfoya foya.Bersama kalau kau taktahu sila hentak kepala dekat dinding skrg jugak!Ini arahan jangan ingkar,Ecewahh ;P Bertimbang maksudnya disini ialah tetttttttttttt.Aku malas nak type boleh tak?Haha

Senang dikontotkan cerita aku pergi BERJIMBA ke Kota Tinggi BERSAMA Nyna,Amar dan Apek.Disana kami BERTIMBANG/MENIMBANG untuk mengetahui berat kami yang terkini.Okay,Nampak tak kesinambungannya disitu?

In the bus -.-

Macam biasa untuk budak felda macam aku ni,Nak pergi jalan jalan hanya ada bas je.So naiklah bas Maraliner yang seperti retak menanti belah tu kan.Kalau yang mabuk tu boleh pengsan bangun balik tunggu bas tu sampaiGerak dari pukul 8.3o sampai pukul 10.Nampak tak betapa membuang masanya aku dalam bas tu?Dahlah aku jarang jarang dapat peluang keemasan untuk keluar sendiri macamni -.-


Pose aku yang entah pape.

Sarapan pagi nak mahal maknoks dekat Macdonald.Hahaha.Almaklumlah selama ni kalau dekat rumah makan roti canai aje.Dah penuh perut pi jalan.Nyna nak beli sandal untuk birthday ayah dia.Ohmenn,Shooo shuuuwettttt.So singgah kedai kasut kejap.Lepastu aku teringin nak try makan snogurt.Alhamdulillah Apek sepet kesayangan aku nak belanja.Thankyouu baby *tutup muka dgn bantal ucuk* Eating snogurt for the first time like Fuuuuuuuuuuuu jakon nak mampos.


Snap photo like a boss xD

Loyalty card.

Atoto omeynyaaaaaaaaa ;P

Strawberry,Awuummmm
Lepastu lepastu jalan jalan al-ikhsan kipmart plaza kota etc etc etc.Last sekali ni hasil aku shopping pada haritu.

Yay!

Akhirnya,Sedih ramai yang tak dapat ikut.Nad,Yati,Farah,Sulizah.It kills me inside actually.I miss all of you so much.When do we have time to meet and gather again?

Monday 7 January 2013

Got Married!

'Ira ni ramping lah,Nanti jadi pengantin mesti ramping aje macamtu kan?' 'Ira,Cuba tengok wife Apek *Khairul Fahmi Che Mat* tu,Umur 21 tahun dah kahwin dah kahwin *sambil menghitung jari* kalau macamtu ira lagi 3 tahun jadi pengantin lah' 'Ira ni entah entah 18 tahun dah kahwin kan?'

Assalamualaikum dan salam 1 antarabangsa!Maju tak maju maju tak?Hahaha.Mesti semua tak sabar kan siapakah gerangan yang bertanyakan soalan soalan yang buat aku blushing tu dekat aku kan?Sabar sabar nak cakap lah ni *minum milo,kunyah netbuk* Ehh?Mak usu aku yang tiba tiba ja berdialog macamtu dekat aku,Ni gara gara penangan raikan cinta yang semalam dia tengok lahtu,Turut didorong dengan iklan iklan tentang perkahwinan Apek dan Leuniey.

17sx sahaja dibenarkan :P

Omgiiiiii macam korea lah!Kisah pulak aku?Hahaha.Disebabkan mak usu aku bertanyakan soalan seperti aku,Otak aku pun ligat berfikir.Macam mana kalau memang betul aku kahwin umur 18 tahun?Macam mana pulak kalau nanti Papa aku jodohkan dengan orang yang aku tak kenal?Nanti aku kahwin dengan Apek ke?Bla bla bla bla.Naik serabut aku fikir.Last sekali aku fikir ........................

Nobody knows my fate,Who am I going to marry with or when am I going to be a wife to somebody?Its all are in His hand.I just have accept who is he that going to be my future husband and keep on trying to be his soleha's wife.Kalau pun dijodohkan,Tak salah untuk aku terima.Bila aku tengok perkahwionan yang dijodohkan contohnya,Dena Bahrin,Alhamdulillah bahagia sampai sekarang.Tak berguna nak bercinta bagai nak rak sampai bertahun lamanya,Kalau bukan jodoh memang tak ke mana.Alangkah orang berkahwin dah berpuluh tahun pun boleh bercerai.

My dear Apek,I don't know whether you read this cute blog or not.Or the exactly question is when.I just want you to know all this time that we shared together,I will never forget it.It isn't a short period of time.So,Whatever that is coming after this,I hope that we'll always remember each other withount any hatred or disappointment.Mostly,I hope this relationship will last longer,Insyaallah ;)

Mohon maaf atas segala typo atau grammar yang memang rojak petisbuahmamak punya jenis ;P

Sunday 6 January 2013

Forever Alone.

Assalamualaikum.Hello everybody!Hello hello hello tut tut tuttttttt *talian terputus* Aku sebagai pengguna Digi amat terlalu selalu kerap sekali terlampau mengalami situasi ini.Ehh?Tak masal aje.Baiklah aku mengaku sangat fail dalam mengarang nukilan introduction hatta masa SPM aku suka hafal ayat pendahuluan.Ecewah ;P

Baiklah kelihatannya aku sudah terpesong dari pangkal jalan dan kini aku ingin kembali ke jalan lurus dengan cerita sebenar yang ingin aku ceritakan.Dua hari yang lepas,Maksudnya hari Khamis,Maknanya 03 Januari 2013,Definisinya ada pasar malam Khamis,Ehh?Bagi pelajar lepasan SPM mesti wajib tahu yang haritu adalah hari dimana yang sangat bertuah dapat pergi PLKN.Sangat bertuah okay! *muntah pink* Hahaha ;P

Antara manusia manusia yang tergolong dalam kalangan yang bertuah ini adalah :

Farah Diana Ismail,Nor Masyita Md. Salleh,Muhamad Azizi Zaini,NorzatulFazera Zainudin,Norkhan Mohamad,Muhamad Adam Azaman,Muhamad Asri Daud,Muhammad Zulhilmi,Muhamad Bahrin Ahmad,Fatin Noranneliana Rosdi dan lain lain *mohon maaf jika tidak disebut*



Yang dibulatkan adalah pelatih PLKN ;)

Konklusinya ingin aku menyampaikan sepatah duaribukata kepada kawan kawan aku yang sangat bertuah ini.Selamat menjadi seorang pelatih PLKN,Semoga korang akan memperolehi faedah sepanjang keberadaan disana.Selamat membasuh baju sendiri yang selama ni dok guna washing machine.Selamat datang kutu,Selamat datang kurap dan selamat datang segala penyakit kulit.Hahaha ;D Sila tampar muka aku dengan selipar jepun,Amboi angkat selipar betul betul ehh,Aku tipu jekot.Okay merepek dia dah datang.Okay okay enough!Ecewah,Pactice English tak semena-mena disebabkan tidap dapat mengikuti kursus di Kelana Jaya,Ehh tetiba.See you again later baby! :*







Tuesday 1 January 2013

Makcik kantin

Assalamualaikum,Hye guys!Ecewah,Macam ada aje orang baca blog aku yang kiut miut ni.Haha,Tak masal.Post kali ini berkisarkan tentang kehidupan baru aku pada tahun 2013 ini.

Em aku sedang bekerja,Bekerja,Bekewja,Kejeww,Kerje or kejeeee.Mesti tertanya tanya kerja apa kan? *bisik* 'Aku kerja dekat kantin sekolah menengah adela,jangan beritahu sesiapa tahu,janji!' Jangan nk buat kerek sangat kata aku poyo ke hampagas ke geli ke dengan kerja aku.Tolonglah sekarang ni zaman millenium bukan zaman pondok pondok lah,Please grow up man!

Mesti ada yang kata 'Eleh,Setakat kerja dekat kantin tu berapa sangat kau dapat?' 'Kau kerja basuh pinggan,Sapu lantai,Angkat sampah semua tu?Eeeee geli maknoks' Kepada yang bermentaliti seperti ini sila jumpa doktor psikiatrik dengan segera nampak sangat kau ni penduduk planet matoki.Cuba buka minda,Fikir secara luar kotak.Engkaulah apa yang kau fikirkan,Bergantung dalam pemikiran.Tak gitu?

Hari first aku kerja aje dah ade orang tengok aku macam nk teleng kepala.Punye tak percaya aku yang tengah kemas kantin tu.Guys,Cuba kau selami apa pengorbanan yang makcik/pakcik/akak/adik kantin tu buat untuk korang.Bangun pagi pagi untuk masakkan orang yang tak pernah diorang tegur pun,Kemaskan tempat korang nak makan demi bagi korang selesa untuk makan,Cedokkan makanan untuk korang makan.Dekat rumah korang dapat macamni,Takkan.So please appreciate!

Natijahnya,Erkk betul ke tu?Aku nak bagi nasihat sikit ni untuk umum.Tolong jaga kebersihan kantin.Korang tak kesian ke dekat akak korang yang comel loteh ni nak mengemas.Tolong letak pinggan dalam besen,Ia memudahkan kerja kami untuk membasuh sekaligus mengelakkan hadirnya binatang yang tidak dikehendaki *lalat/kucing*Tolong jangan berebut rebut atau mencuba untuk melakukan kesalahan di bawah akata 0123456789.Sekian terima kasih :)
Hak Milik Persendirian Syahierria.Blogspot