Friday 8 March 2013

Aku budak baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tercetusnya entry kali ni  kerana aku baru blog walking dan perasan yang blog orang lain dah lama tak update.Padahal aku punya blog ni pun boleh tahan berhabuknya.Maafkan aku andainya tatabahasa dan susunan ayat aku semakin melampau batas batasnya kerna sudah terlalu amat lama aku tak membuat karangan bahasa melayu/english.So beware of my TYPO!Ehh?

'Ehh,Kau ni baguslah rajin pulak tu,Sejuk perut mak kau' 'Kau ni dah lah baik,Alim lagi'

Di atas ni adalah contoh-contoh ayat penyata yang berunsurkan pujian.Aku selalu fikir,Kenapa orang selalu puji macamtu.Sebab memang raut muka innocent atau apa?Tiada jawapan yang aku terima sebab soalan ni masih berlegar legar dalam kepala otak cute aku ni tanpa aku luahkan.

Sejujurnya aku rasa malu dan sangat tak selesa bila orang kata macamtu dekat aku.Aku bukan manusia yang sempurna.Aku selalu buat silap.Aku ni takde apa apa nak dibandingkan orang lain,Setiap kali orang puji aku macamtu aku rasa segan tahap maksima.

Tak perlu rasanya aku nak ceritakan semuanya secara detail tentang perilaku aku.Tak kira yang baik atau yang buruk.Yang penting dan aku ingin tegaskan.Jangan berani kau persoalkan cara hidup aku kecuali kau memang sangat mengenali aku.Dan orang yang tergolong dalam sangat mengenali aku tu hanya rakan-rakan dan keluarga aku :)

Kita bukan nabi yang tak berdosa,Bukan malaikat yang boleh mencatat amal buruk baik manusia,Kita hanya manusia biasa,Yang belum tentu masuk syurga :')
Hak Milik Persendirian Syahierria.Blogspot