Tuesday 1 January 2013

Makcik kantin

Assalamualaikum,Hye guys!Ecewah,Macam ada aje orang baca blog aku yang kiut miut ni.Haha,Tak masal.Post kali ini berkisarkan tentang kehidupan baru aku pada tahun 2013 ini.

Em aku sedang bekerja,Bekerja,Bekewja,Kejeww,Kerje or kejeeee.Mesti tertanya tanya kerja apa kan? *bisik* 'Aku kerja dekat kantin sekolah menengah adela,jangan beritahu sesiapa tahu,janji!' Jangan nk buat kerek sangat kata aku poyo ke hampagas ke geli ke dengan kerja aku.Tolonglah sekarang ni zaman millenium bukan zaman pondok pondok lah,Please grow up man!

Mesti ada yang kata 'Eleh,Setakat kerja dekat kantin tu berapa sangat kau dapat?' 'Kau kerja basuh pinggan,Sapu lantai,Angkat sampah semua tu?Eeeee geli maknoks' Kepada yang bermentaliti seperti ini sila jumpa doktor psikiatrik dengan segera nampak sangat kau ni penduduk planet matoki.Cuba buka minda,Fikir secara luar kotak.Engkaulah apa yang kau fikirkan,Bergantung dalam pemikiran.Tak gitu?

Hari first aku kerja aje dah ade orang tengok aku macam nk teleng kepala.Punye tak percaya aku yang tengah kemas kantin tu.Guys,Cuba kau selami apa pengorbanan yang makcik/pakcik/akak/adik kantin tu buat untuk korang.Bangun pagi pagi untuk masakkan orang yang tak pernah diorang tegur pun,Kemaskan tempat korang nak makan demi bagi korang selesa untuk makan,Cedokkan makanan untuk korang makan.Dekat rumah korang dapat macamni,Takkan.So please appreciate!

Natijahnya,Erkk betul ke tu?Aku nak bagi nasihat sikit ni untuk umum.Tolong jaga kebersihan kantin.Korang tak kesian ke dekat akak korang yang comel loteh ni nak mengemas.Tolong letak pinggan dalam besen,Ia memudahkan kerja kami untuk membasuh sekaligus mengelakkan hadirnya binatang yang tidak dikehendaki *lalat/kucing*Tolong jangan berebut rebut atau mencuba untuk melakukan kesalahan di bawah akata 0123456789.Sekian terima kasih :)
Hak Milik Persendirian Syahierria.Blogspot